Wednesday 26 December 2012

Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?

1. Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. Jadi, Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

2. Sebenarnya sistem QWERTY ni dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

3. Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

4. Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.


No comments:

Post a Comment